Tuesday, 20 March 2012

Renungan Bersama


Wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Sayidina Ali
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN itu ada tiga tandanya :
1. Tidak terpaut hatinya dengan harta
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada tiga tandanya :
1. Jujur dalam kata-katanya
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada tiga tandanya :
1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada tiga tandanya :
1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, ada tiga tanda AHLI IBADAH :
1. Mengawasi dirinya
2. Menghisap dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT

~ Renungan ~
Marilah kita hidup seperti orang yang menanti mati,
kerana ingat mati itu akan mengecilkan segala derita,
akan mencairkan segala alpa,
kiranya inilah detik terakhir,
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik CUMA…
Itu lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment