Tuesday 6 March 2012

PRAKATA


SK. Sentol  Patah  adalah  sebuah  sekolah  kecil luar  bandar  27 km dari  Pusat  Bandaraya  Kuala  Terengganu  dengan  murid  seramai  206 , 19  guru  dan  3  kakitangan  telah wujud  sejak  tahun 1948.

Empat  kampung  ( penempatan ) tradisional  menyumbang  kepada enrolmen  murid  yang  ada  sekarang.  Hanya  12.83 %  ibu bapa  terdiri dari  kakitangan  kerajaan  dan  majoritinya  adalah bekerja  sendiri  dan kerja  kampung.  Solidariti  PIBG  dan  komuniti  setempat yang  positif  dan celik  minda  banyak  membantu  dan  mendorong  kepada  kejayaan dan  kecemerlangan  anak-anak  ke arah  minat  belajar  dan menuntut  ilmu.

 Kerjasama,  kesepakatan, kesatuan   dan   keakraban  ibu  bapa  dari Kampung   Sentol  Patah,  Kampung  Pengkalan  Kuin, Kampung  Setar Kanan  dan  Kampung  Tertak  Batu  serta  komitmen  dan  kerjasama  padu yang  diberi  kepada  sekolah  kini  telah  mengharumkan  nama  dan menobatkan  status  SK. Sentol Patah   sebaris  dengan  sekolah  lain di  persada   Jabatan  Pelajaran  Negeri  dan  Pejabat  Pelajaran  Daerah . 

No comments:

Post a Comment